Cita-cita adalah sesuatu yang sangat mulia dan ia juga dikategorikan sebagai niat. Cita-cita diikuti dengan perjuangan yang bersungguh-sungguh bagi mencapainya berbeza dengan panjang angan-angan yang hanya mimpi kosong tanpa sebarang pergerakan. Bila sesaorang itu ada cita-cita yang besar ia akan mendapat tentangan dari persekitaranya kerana semangat dalam dirinya sudah tidak melihat lagi besarnya rintangan yang akan dilaluinya. Dia perl
u memakai pakaian sabar untuk terus mengekalkan cita-citanya kerana proses kejayaan bukan satu hari.Dia juga perlu menyabarkan orang-or
ang yang ber
sama-samanya agar kuat berdiri mengharungi badai yang terus menerjah.
Bila cita-cita sudah mula menampakkan hasil kepenatannya juga semakin hilang bagai nakhoda yang mula terpandang kepada daratan.Bagitulah bermulanya kejayaan mereka yang telah memahat sejarah dunia hasil dari sebuah cita-cita. Oleh sebab itu hidup perlukan cita-cita,perjuangan perlukan cita-cita dan kejayaan juga perlukan cita-cita.
Gantunglah cita-citamu di bulan,nanti bintang akan berguguran diribaanmu.
Friday, April 2, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment